KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap pendera di bawah Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan kanak-kanak, pelaksanaan rang undang-undang berkenaan perlu efektif dan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016.
"Kita mahu mereka (pendera) diberi hukuman yang berat sekali walaupun (pelaksanaan undang-undang itu) bukan di bawah kami, tetapi kami memberi cadangan kepada pihak yang berkenaan serta pentingnya ada persefahaman antara kementerian saya dengan suruhanjaya itu supaya tidak bertindih.
"(Misalnya) mereka yang didapati mendera perlu dikenakan hukuman sebat tetapi ada pihak yang tidak bersetuju ... jadi cadangan yang kami kemukakan tidak secara melulu kerana mendapat perbincangan menyeluruh," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Jelajah Kasih Keluarga Segulai Sejalai di sini hari ini.
Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan 20 tahun penjara bagi mana-mana individu, ibu bapa, atau penjaga yang didapati bersalah kerana mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.
Sebelum ini, media melaporkan rang undang-undang yang akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dirangka selepas pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, sesi pertukaran ilmu dan kajian mendalam.
Berhubung program berkenaan, Nancy berkata sejumlah 3,587 wanita di Sarawak telah menjalani ujian saringan kanser payudara dan kanser serviks (HPV DNA) bagi tahun ini iaitu hingga 22 Ogos lepas.
"Sarawak telah mencatat 226 kes positif HPV dan alhamdulillah setakat ini, sifar kes prakanser dan sifar kes positif kanser," katanya.
Program yang dianjurkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu memberikan kesedaran dan perkhidmatan saringan HPV DNA bagi pengesanan awal kanser serviks dan pendaftaran ujian saringan mamogram dalam mengesan kanser payudara dalam kalangan wanita.
Bagi tahun ini, sebanyak 2,747 orang telah menjalani ujian mamogram dengan 30 daripadanya dikategorikan perlu menjalankan penyiasatan lanjut manakala tiga kes positif kanser payudara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023
Nancy berkata sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan kanak-kanak, pelaksanaan rang undang-undang berkenaan perlu efektif dan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016. - Gambar fail
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
Maut dihempap pokok: KPWKM teliti bantuan kepada keluarga Md Rizal Atan - Nancy
Ia sedikit sebanyak akan meringankan beban keluarga terbabit, memandangkan isteri mangsa Nor Pahidah Mat Zaman tidak bekerja.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.